Skip to main content
0

Siapa Kami?

Kami merupakan syarikat yang berdaftar (IF2U Network Sdn Bhd) pengeluar dan memasarkan produk Islam di seluruh malaysia lebih 10 tahun di pasaran. Beroperasi di Taman Permata, Kuala Lumpur

Antara produk yang kami pasarkan adalah seperti Al Quran Digital, Jam Azan Digital, Iqra Digital, Zikir Elektronik, Sejadah dan banyak lagi. Matlamat kami,di samping memasarkan produk islam, dakwah kami untuk memastikan setiap keluarga sentiasa menghidupkan suasana Islam setiap rumah.

Kekuatan kami lebih dari 30 orang tenaga pekerja, dan anda tidak perlu risau akan kualiti dan sokongan produk sekiranya berlaku kerosakan kerana kami mempunyai tenaga pekerja yang pakar untuk memastikan produk sentiasa sempurna

Dan Alhamdulillah sepanjang lebih 10 tahun ini kami telah mengembirakan ramai rakyat Islam seluruh Malaysia dengan produk Islamik kami

Visi

Keupayaan dan kekuatan syarikat menjadi aspirasi dalam industri, membekal dan menyalurkan adaptasi teknologi yang sihat dan berkesan.

Misi

Merangka dan menjalinkan hubungan perniagaan untuk jangka masa yang panjang untuk keperluan dan kehendak pelanggan, berteras kemasan, dan keberkesanan perkhidmatan, bagi menjamin keutuhan dan kelebihan persaingan dalam dunia perniagaan.

Kepakaran Spesifik

Berbekalkan pengalaman dari syarikat terdahulu selama 10 tahun, dikembangkan dengan pendaftaran syarikat yang baru bagi memenuhi kehendak upayaan kewangan dan pengurusan, IF2U NETWORK Sdn Bhd dijamin dapat memenuhi kehendak pelanggan mahupun pengguna bagi urusan pembekalan, jualan runcit produk spesifik, pembangunan produk, perincian kitaran bekalan dan implimitasi teknologi.